I Love You.. For all that you are, all that you have been, and all you're yet to be..

Wednesday, 1 January 2014

WELCOME #2014 #HappyNewYear


Cepat sungguh masa berlalu kan.. rasanya baru semalam menyambut ketibaan 2013..
dan hari ni dah masuk tahun baru masihi 2014
Apa-apa pun kita patut bersyukur kpa Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara pada tahun ini.. 
diharapkan kita semua mengambil pedoman terhadap apa yang dah jadi seanjang tahun 2013
yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pedoman.. :)
Kepada yang tak dapat laksanakan azam tahun lepas jgn risau.. 
azam tahun lepas boleh foward ke tahun 2014 ni..
Gandakan usaha anda untuk tahun ni ye..hehehe

Bagi aku.. tahun 2013 banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..
banyak benda baru yang aku belajar..
yang paling penting banyak mengajar aku untuk lebih matang dalam menghadapi masalah..
Jangan cepat putus asa.. sebab org yang mudah putus asa tu adalah orng yang rugi..
Tahun 2013 jgk mengajar aku untuk terus mengecap kebahagiaan..
kebahagiaan yang dulunya pudar kini mula bercahaya kembali..
thanks to kawan-kawan yang banyak menasihati aku..
InsyaAllah.. I'll never lose hope..
Allah sentiasa ada untuk hamba-NYA
aku jgk percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..
Perancangan Allah adalah yang TERBAIK !!!

So buat family yang tercinta selamat menyambut tahun baru..Korang lah yang paling penting dlm hidup aku..
Buat Mak dan Ayah terima kasih sebab dah melahirkan dan mendidik masnie selama ni.. 
Sayang Mak dan Ayah..
Buat kawan-kawan dan sahabat yang dikasihi terima kasih kerana menceriakan tahun 2013 aku..
segala pahit manis yang kita lalui akan sentiasa tersemat dalam ingatan aku..
Buat yang tak mengenali aku.. Selamat Tahun baru.. 



Dalam kesibukan exam masih sempat jgk nak update blog..hehe
so... kepada kawan-kawan Good Luck in Our Final Exam..
Alla the best.. 
May Allah Ease Everything...

Lots of Love



Friday, 27 December 2013

"SkyTreck"


"daebak" awesome.. a word that I can describe about skytrack challenge at Taman Botani sekyen 8 Shah alam.. kat sana ada 3 track.. skydeck (utk kanak-kanak), Ekstreme Challenge dan Big Thrill..
Track yang kami pilih adalah Xtreme Challenge.. memang xtreme lah.. 
sebelum naik tu memang agak bosan lah sebab kena tunggu sorang-sorang naik utk buat flying fox.. dah pokok dia tinggi so lama jgk lah kena tunggu... 
track yang kmi naik ni ada 36 sekyen.. setiap sekyen memang ada tahap mencabar dia.. ada yang senang dan ada yang sgt susah.. lebih kurang 3 jam jugak lah kita tak pijak tanah...hehe
bagi aku.. yang susah bila kena panjat pokok guna tangga.. kat situ memang sangat-sangat perlukan kekuatan tangan.. huhu.. bila dah sampai puncak confirm semput..hahaha.. 
by the way.. that was the best experience .. kalau boleh lepas ni nak cabaran yang lebih ekstrme lagi.. huhu

 sempat lagi nak main-main kat atas tu..hihi


walaupun penat.. tetap boleh senyum..:) 

sambil-sambil tunggu turn nak panjat pokok..

alhamdulillah dapat jugak pijak tanah.. setelah berjam-jam kat atas pokok..hihi

we are wonder woman..hahaha

P/s : tak dapat nak tangkap gmbar banyak-banyak masa kat atas tu sebab tangan terketaq-ketaq..hahaha
Lots of Love,

Friday, 20 December 2013

My management Group


alhamdulillah tamat lah sudah kelas subjek pengantar pengurusan untuk semester ni..
TBH.. kelas pengantar pengurusan adalah kelas yang paling tak best untuk sem ni..
subjek ni sebenarnya best tapi lecture yang mengajar tu buat kami rasa tak best
plus.. kelas ni sekali dengan budak junior and kami pulak cuma ada 6 orang je senior tahun 2..
lecture pun tak ambik peduli sangat pasal kami..
dia focus more on the first year students..
 kelas ni jugak lah aku paling banyak ponteng..haha

bukan suka-suka nak ponteng..
tapi kalau datang kelas pun tak dapat input apa-apa buat apa kan
baik tak yah datang kan..
harap-harap lah exam nanti dapat jawab..

this is my management group member.. #urthebest



 sasi, seha, hawa, fani, mira n me (masnie)..
even tak kenal sangat.. tapi sebab korang lah aku x sunyi bila pegi kelas..:)

kalau ada jodoh kita jumpa lg.. of course lah akan jumpa kan
dah namanya 1 fak.. hehe
sem depan InsyaAllah ambik subjek OB sama lg.. 
#goodluck exam korang.. :)

Lots of Love,




Saturday, 14 December 2013

Thank you and Tahniah..


Tahniah KKM sebab dapat tempat ketiga dalam SUKEM2013 yang dianjurkan baru-baru ni.. 
Tahniah dan terima kasih kepada barisan atlit yang berjaya menyumbangkan pingat sekaligus menaikkan nama KKM dalam Sukan peringkat UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..

but... aku sebenarnya nak tekankan kepada perbarisan kawad kaki KKM yang berjaya mendapat naib juara dalam acara penutupan SUKEM yg berlangsung pada 12/12/13.. 

kalau difikir-fikir balik.. aku ni tak pernah lepas drp ikut perbarisan sejak dari sekolah lagi
ingatkan bila dah masuk Universiti ni.. aku tak kan join dah benda-benda mcm ni..hihi
tapi kalau fikir positif pulak.. buat apa nak malu.. at least dapat bagi sumbangan pada kolej
sekali sekala tu.. semangat kekkolejan mesti ada tau.. hahaha..


Thanks to skuad Suksis Intermediate..
walaupun masing-masing busy dengan test dan assignment tapi masih ada masa untuk bagi komitmen kat aktiviti yang melibatkan kolej..
bukan sebab terpaksa tau,,
kami ikhlas sangat-sangat..:)

harap-harap tahun depan dapat lah merangkul gelaran juara pulak..
KKM.. aum..aum.. :D

Lots of Love,



Friday, 13 December 2013

Jodoh pasti bertemu Lirik by afgan


Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Lots of Love,