I Love You.. For all that you are, all that you have been, and all you're yet to be..
Showing posts with label myLife @UkM. Show all posts
Showing posts with label myLife @UkM. Show all posts

Friday, 27 December 2013

"SkyTreck"


"daebak" awesome.. a word that I can describe about skytrack challenge at Taman Botani sekyen 8 Shah alam.. kat sana ada 3 track.. skydeck (utk kanak-kanak), Ekstreme Challenge dan Big Thrill..
Track yang kami pilih adalah Xtreme Challenge.. memang xtreme lah.. 
sebelum naik tu memang agak bosan lah sebab kena tunggu sorang-sorang naik utk buat flying fox.. dah pokok dia tinggi so lama jgk lah kena tunggu... 
track yang kmi naik ni ada 36 sekyen.. setiap sekyen memang ada tahap mencabar dia.. ada yang senang dan ada yang sgt susah.. lebih kurang 3 jam jugak lah kita tak pijak tanah...hehe
bagi aku.. yang susah bila kena panjat pokok guna tangga.. kat situ memang sangat-sangat perlukan kekuatan tangan.. huhu.. bila dah sampai puncak confirm semput..hahaha.. 
by the way.. that was the best experience .. kalau boleh lepas ni nak cabaran yang lebih ekstrme lagi.. huhu

 sempat lagi nak main-main kat atas tu..hihi


walaupun penat.. tetap boleh senyum..:) 

sambil-sambil tunggu turn nak panjat pokok..

alhamdulillah dapat jugak pijak tanah.. setelah berjam-jam kat atas pokok..hihi

we are wonder woman..hahaha

P/s : tak dapat nak tangkap gmbar banyak-banyak masa kat atas tu sebab tangan terketaq-ketaq..hahaha
Lots of Love,

Friday, 20 December 2013

My management Group


alhamdulillah tamat lah sudah kelas subjek pengantar pengurusan untuk semester ni..
TBH.. kelas pengantar pengurusan adalah kelas yang paling tak best untuk sem ni..
subjek ni sebenarnya best tapi lecture yang mengajar tu buat kami rasa tak best
plus.. kelas ni sekali dengan budak junior and kami pulak cuma ada 6 orang je senior tahun 2..
lecture pun tak ambik peduli sangat pasal kami..
dia focus more on the first year students..
 kelas ni jugak lah aku paling banyak ponteng..haha

bukan suka-suka nak ponteng..
tapi kalau datang kelas pun tak dapat input apa-apa buat apa kan
baik tak yah datang kan..
harap-harap lah exam nanti dapat jawab..

this is my management group member.. #urthebest



 sasi, seha, hawa, fani, mira n me (masnie)..
even tak kenal sangat.. tapi sebab korang lah aku x sunyi bila pegi kelas..:)

kalau ada jodoh kita jumpa lg.. of course lah akan jumpa kan
dah namanya 1 fak.. hehe
sem depan InsyaAllah ambik subjek OB sama lg.. 
#goodluck exam korang.. :)

Lots of Love,




Saturday, 14 December 2013

Thank you and Tahniah..


Tahniah KKM sebab dapat tempat ketiga dalam SUKEM2013 yang dianjurkan baru-baru ni.. 
Tahniah dan terima kasih kepada barisan atlit yang berjaya menyumbangkan pingat sekaligus menaikkan nama KKM dalam Sukan peringkat UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..

but... aku sebenarnya nak tekankan kepada perbarisan kawad kaki KKM yang berjaya mendapat naib juara dalam acara penutupan SUKEM yg berlangsung pada 12/12/13.. 

kalau difikir-fikir balik.. aku ni tak pernah lepas drp ikut perbarisan sejak dari sekolah lagi
ingatkan bila dah masuk Universiti ni.. aku tak kan join dah benda-benda mcm ni..hihi
tapi kalau fikir positif pulak.. buat apa nak malu.. at least dapat bagi sumbangan pada kolej
sekali sekala tu.. semangat kekkolejan mesti ada tau.. hahaha..


Thanks to skuad Suksis Intermediate..
walaupun masing-masing busy dengan test dan assignment tapi masih ada masa untuk bagi komitmen kat aktiviti yang melibatkan kolej..
bukan sebab terpaksa tau,,
kami ikhlas sangat-sangat..:)

harap-harap tahun depan dapat lah merangkul gelaran juara pulak..
KKM.. aum..aum.. :D

Lots of Love,



Sunday, 1 December 2013

Friends is the moment..




a best friend is someone
 who you can talk to..
who won't judge you..
loves you for you..
and most of all
make you feel like you are worth something.. :)
I Love You Friends... 

Lots of Love,




Monday, 11 November 2013

New Experience..


Emmm… betul lah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..
This time kitorang (geng Suksis) baru je balik dari Kem Pasukan Gerakan Am (PGA)
Masa mula-mula sebelum pergi dulu.. ada je yang tak kena.. mengeluh sana sini sebab tak nak pergi kem 2..
Alasan sebab takut lh… yela dah namanya kem PGA mesti latihan dia pun teruk2.. berdasarkan cerita senior yang dah pergi lah…
Bila sampai je sana.. semua rasa nak balik.. huhu.. 

tapi bila dah lama kat sana.. rasa seronok pun ada.. even latihan dia teruk ( tak teruk sangat kot )
kitorang enjoy sebab barisan jurulatih semua sporting tapi tetap tegas.. diorang layan kitorang macam adik-adik je dan kami pun layan mereka macam abang-abang je lah.. best!!

Banyak latihan yang kami buat antaranya berlari sambil berjalan pada waktu malam sejauh 6-8 km.. 
walaupun penat tapi disebalik semua tu sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran..yela jarang di buat orang berlari malam-malam kan..hehe ..
selain drp tu.. kitorang dapat merasai macam mana hidup di dalam hutan.. banyak benda lah yang kitorang belajar.. So memang tabik spring lah dgn pasukan-pasukan yang terpkasa berkorban demi menjaga keselamatan negara.. :)

Masa malam last day pulak.. kami bersama jurulatih-jurulatih dapat berkumpul bersama-sama sambil berkaraoke.. best lah semua sporting.. hihi.. tapi aku tak nyanyi pun.. :p
masa last day jugak semua orang tak lepaskan peluang untuk ambek gambar kenang-kenangan bersama jurulatih batalion 9 PGA dan tasik kenyir.. huhu sedih kot nak berpisah..
tapi dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan kan.. so InsyaAllah kalau ada jodoh pasti akan jumpa lagi..

Semoga ukhuwah yang terjalin sepanjang seminggu kitorang menjalankan Kem PGA akan sentiasa berada dalam ingatan setiap orang samada jurulatih ataupun kitorang sebagai peserta.. Peace ..!!!  :)





Barisan Jurulatih BN9 PGA Kubang badak, Terengganu..
you all is the best!!


Pasukan Gerakan Am Suksis Skuad Inter UKM :)


Nice shot From cik Helmi ;)
always smile.. hihi
Peace from me.. 

Harap-harap lepas ni program yang akan datang akan best mcm ni dan tak akan menhecewakan..
I'm looking forward for our future program.. :) Get ready..

Lots of Love,


Thursday, 3 October 2013

The Colourful of KLCC


Hola.. This time nak post gambar je.. Ni picture masa jalan-jalan hari tu.. unplanned outing..
UKM- USIM -MINES - KLCC ..
Mcm ni lah kehidupan seorang perantau.. nikmati lah selagi nyawa dikandung badan..
peluang tak selalu datang kan.. Btw.. kita enjoy......:)



me is VIP :)















Lepas ni nak plan nak pg melaka pulak.. hihi apa-apa pun jauh perjalanan luas pemandangan

Lots of Love,





Tuesday, 27 August 2013

New semester New Life..


Pejam celik- pejam celik dah masuk semester baru dah kat ukm..
It's means cabaran yang baru akan datang dan harus diharungi..
dah nasib insan bergelar pelajar kan..
and for me.. perjuangan harus di teruskan..
even perjuangan yang lepas agak kurang memuaskan kita harus kuatkan semangat..
kegagalan adalah permulaan bagi sebuah kejayaan kan..
so.. benda yang lepas usah dikenang.. ceh ...
macam kisah orang putus cinta lah pulak kan.. 
whatever lah..kekekeke

Untuk mengejar kejayaan, pengorbanan adalah amat diperlukan..
tak kisah lah kita buat satu pengorbanan yang besar ataupun kecik..
sama jugak lah mcm kami ni (pelajar sabah) 
yang terpaksa berjauhan dengan family demi mengejar cita-cita...

InsyaAllah... kalau kita ikhlas dalam membuat sesuatu tue
hasilnya pasti akan baik.. amiinnn...........
yang penting stay focus on what we do..
jangan tersalah nawaitu pulak.. last-last apa yang dikejar tak dapat...


Aku mengenggam sebuah impian yang aku kongsi bersama family ku..
dan sokongan daripada mereka adalah penguat semangat untuka aku teruskan 
perjuangan ini..
InsyaAllah semester ni aku akan buat yang lebih baik..
not only for me but also for my family..

To my fellow colleagues.. all the best for you all... =)

Lots of Love,


Thursday, 23 May 2013

We Are The Winner!!


First sekali.. syukur Alhamdulillah.. drama kitaorang dapat tempat pertama untuk subjek foundation english..
betul-betul tak sangka.. kitaorang dah lah lack of practice.. practise pun last-last minute.. 
Bila di umumkan group kami menang.. kami happy sangat-sangat.. segala penat lelah berbayar..
walaupun kemenangan kami ni tak berprestige dan tak mendapat pengiktirafan pun..
but.. ia membawa seribu makna pada setiap member group kitaorang.. 
Ada member yang kata bila kitaorang start kumpul hilang segala stress.. besalah student university..hihi
nampak tak penuh makna group kitaorang..hihi 

Emm... and for me.. This is the best moment I ever had since I came there (UKM)..
even masa dalam kelas ada yang tak puas hati tapi kitaorang dapat manage masalah tu dgn baik..
kitaorang xda gaduh-gduh pun..hehehe

Once again.. Well done for all RVW menbers.. you all is the best..
congratulation cz drama kita menang,, =) YEAYYYYYYYYYYY 




Members of Rip Van Winkle Drama... =)


Hihi.. biasalah bila dah menang tu mestilah nak raikan..
This is our moment after the drama presentation.. 
party kejap je..kekeke

Lepas ni tak tau lagi bila dapat jumpa.. yela bukan semua yang sama fakulti.. 
InsyaAllah sem depan nak ambil Accom sama-sama pulak.. hihi

p/s : forget me not guys.. saranghae..<3 <3 

Lots of Love,



Sunday, 31 March 2013

New Experience 4 me..

Hola...
ni nak citer pengalaman baru ne.. pasal aku dah masuk kor suksis dkt UKM ne..hehehe
rasa mcm tak pcaya plak yang aku boleh masuk suksis.. even kawan-kawan aku sendiri pun ramai yang tak percaya.. siap suruh aku keluar lagi dari suksis.. huhuhu
yela.. latihan suksis kan tough2,, so dorang risau lah tu..hehehe 
sayang jugak dorang kat aku ek.. :)

tapi aku tak kesah pun.. bagi aku, ni semua pengalaman yang baru untuk aku.. yela selama ni memang aku tak suka bekawad, berpanas lah.. tapi sampai bila kita nak manjakan diri kita kan.. kena lah try something new kan...

Rasanya dah sebulan aku menjadi anggota suksis ukm.. penat jugak lah walaupun latihan cuma sekali seminggu... tapi tak pe.. tanggungjawab tetap tanggungjawab..
latihan suksis dijalankan setiap hari sabtu.. mula pukul 0645 (senaman pagi) , 0845 (kawad kaki) ,1430 (kelas undang-undang) hingga pukul 1700 ... sehari jugaklah.. 

banyak perkara yang aku tak pernah buat aku dah buat sejak aku join suksis ni.. pengalaman yang buat aku impressed sekali masa sambut hari polis yang ke 204 dkt Ibu pejabat polis daerah kajang.. 
ni kira first time aku ikut majlis mcm tu.. and tak pernah terlintas pun aku akan terlibat dalam perbarisan hari polis.. tapi pengalaman tu buat aku bangga jugak lah.. yela kerja polis ni kan mulia.. menbanteras jenayah..hehehe..

dan lagi satu.. tak lama lagi aku dan skuad suksis yang lain akan menjalani latihan menembak.. 
ni lagi satu pengalaman yang first time aku buat.. menembak guna peluru hidup pulak tu...
sapa yang tak nervous,, dah lah pegang senjata pun tangan dah mengigil.. hahaha.. berat giler wei...

anyway wish me luck untuk latihan menembak weekend ni..harap-harap semua berjalan dengan lancar.. mana tau dapat anugerah penembak terbaik.. hihihi
perasana lah pulak.. 

 me with my friend Norazilah.. the cutest member in Suksis.. :p

Lots of Love,


Sunday, 10 March 2013

.. the new life..

assalamualaikum...


 pejam celik pejam celik hampir sebulan dah aku d ukm ne..( secara officialnya student Universiti Kebangsaan Malaysia ).. aku nak cte time mula2 aku datang cni.. okay,, first aku datang sini pada 14hb2 (khamis).. sebelum mendaftar 2 aku stay di Shah Alam.. ehmm first impression aku pasal Kuala Lumpur??? okay lah not bad..ceh (blagak kan) hehe takde lah.. first datang sini memang xcaya.. sebab apa?? ni kan ibu kota negara.. selalu KLCC nampak kat TV jak.. second day aku d sini kakak aku bawa jalan.. start dari nilai kami pg Masjid Jamek, KLCC, emm pa lg ya..dah tak ingat.. cantik lah tempat ni... 

mercu tanda Malaysia yang menjadi kebanggan rakyat!!!
Malaysia Boleh!!! 

 okay.. sekarang aku nak cte the first day aku datang UKM.. kakak aku yang teman aku mendaftar hari tu tapi aku jgk yang kena mengurus sorang2.. 
mula2 tu mcm nak ngs jak.. yela byar yuran pun kena tnggu giliran sampai beratus angka.. sapa tak bengang kan.. rasanya dekat dua jam jgk lah aku tunggu giliran di kaunter bendahari UKM 2.. 
fortunately kawan aku yang dah memang student UKM ne datang bantu aku.. dia bwk aku bayar yuran gna mesin ATM jak (cepat dan tdk buang masa) kalau lah aku tahu ada boleh bayar yuran gna mesin tak lah aku buang masa menunggu sampai berjam-jam.. thanks to my friend (sazwan).. 
bila dah selesai bayar yuran kitaorang pg bahagian Pengurusan Akademik UKM untuk daftar kolej.. disebabkan kebanyakan kolej dah penuh aku cuma di bagi 2 pilihan kolej jak ( Kolej Pendeta ZABA & Kolej Keris Mas) kawan aku tadi tu stay di KKM so dia lah yang buat keputusan untuk aku.. dgn itu aku daftar lah di Kolej Keris Mas (KKM).. mula2 tu tak puas hati la jgk.. sebab apa?? 1. KKM ne jauh dr fakulti, klu nak ke kelas kena naik bas 2. Yuran dia mahal giler... 
tapi merungut pun tak guna bersyukur jak lah apa yang ada masnie oii...hehehe.. 
lepas dah daftar kolej and check in bilik aku hantar kakak ku pulang... masa unpack barang tu tanpa disedari air mata jatuh (eh ngs kah??)
 sedih lah sebab masa tu aku rasa macam lonely jak.. sob..sob.. tapi bila dah dkt seminggu duk Kkm ni rasa happy lah jgk sebab apa.. kmi bdak balung oleh kumpul ramai (adli,sazwan,zila)... terubat lah sikit dgn tawau... 
bila fikir2 balik kan betul lah apa org cakap Tuhan akan sentiasa uji kita... masa mula2 datang sini dulu bayak sangat yang tak kena... unhappy lah.. padahal sebelum datang cni exited sgt.. bila dah sampai rasa menyesal lh plak.. 
eh tapi aku tak boleh putus asa.. sesusah mana pun aku di sini aku mesti ingat matlamat utama ku.. study come first... kena bawa balik kejayaan untuk parents aku yang banyak berkorban untuk aku... thanks mom thanks dad (style om puteh konon)


course : pentadbiran perniagaan
faculty : fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)

Harap-harap Allah sentiasa berkati aku sepanjang aku menuntut ilmu d UKM ne.. AMIN..
doa, usaha , tawakal..
lepas ni kena lah usaha lebih.. peluang yang dah di bg aku tak kan sia-siakan..
aku akan buktikan keputusan yang aku ambik ni adalah keputusan yang terbaik untuk masa depan ku... ( semangat tu bah..hehehe)
eh mestilah kita kena semangat kan... 

to all my friends doakan kejayaan aku ya... sayang kamu semua...<3 <3


Lots of Love..