I Love You.. For all that you are, all that you have been, and all you're yet to be..

Friday 26 April 2013

Happy BirthDae!!!

It's 26th April.. and it's a birthday of our smiling angel Kang Daesung my bias on BigBang..
It was he's 24th Birthday.. ~~~

Happy Birthday to you.. Happy birthday to you.. our lovely daesung...~~~~


강 대성 생일축하해요!



Hope you always be happy and wish you all the best for whatever you do.. 
hopely you can give a good music from your work hard to VIP..
Always Love you.. <333


Your smile make me smile.. :)


Happy birthday VIP's Angel.. Our smiling Angel

#Bigbang #G-Dragon # Taeyang #TOP #Seungri #Daesung

Lots of Love,


Tuesday 16 April 2013

Andai Itu TakdirNya..

assalamualaikum..
Dalam mood-mood nak mid term exam ni sempat lagi update status pasal novel yang aku baca masa mid sem break hari itu..hahahaha

"Andai itu takdirNya" hasil karya Siti Rosmizah


novel ni memang best.. novel air mata.. so kalau nak baca sedia lah tisu kat tepi ek..
masa baca buku ni memang tak sah kalau air mata tak gugur.. T_T
mengisahkan seorang gadis yang bernama NurAleya binti Idris yang sangat tabah dan Syed Adam Aizril yang sombong dan ego.
aku memang salute lah dengan watak Aleya ni.. dia memang tabah and redha je dengan dugaan yang dia hadapi.. (berazam lah pulak jadi mcm tu hehe..)

Sinopsi Novel Andai itu TakdirNya


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

so.. sesiapa yang memang kaki novel tu.. memang tak sah lah kalau tak baca novel ni.. novel ni jugak salah satu novel yang terlaris dipasaran.. 
selamat membaca.... :)

Lots of love,





Thursday 4 April 2013

From Malaysia To Korea

anyong everybody.. :)
semua orang ada impian kan.. so this time nak bagitau pasal impian aku.. jeng.jeng.jeng..
aku kan sebenarnya berimpian nak ke korea selatan suatu hari nanti..
tak kisah lah sama ada pg makan angin atau pun study ataupun bekerja kat sana..hehe
harap-harap lah impian aku ni akan jadi kenyataan.. >> aku lah orang yang paling happy dalam dunia time tu..hehe
tak kisah lah orang nak kata apa.. yang penting impian aku.. kau ade???

emm kenapa korea???
of course lah sebab aku kan kpopers..hehe semua kpopers mesti nak pg korea kan.. sebabnya nak jumpa bias dorang.. itu pun kalau bernasib baik lh..hahaha
for me... selain daripada sebab yang telah dinyatakan tadi aku nak shopping kat sana.. hahaha
berdasarkan info yang aku dah search, kat korea memang banyak tempat nak shopping..
selain tu aku nak rasa makanan korea.. aku nampak orang korea makan macam sedap jer tapi tak tau lah sedap ke tak..hehehe

kat korea kan banyak sangat tempat-tempat yang interesting.. contohnya jeju island..
aku tau pun sebab aku banyak tgk cte korea..kekeke
ehmmmm.. kalau lah aku dapat ke sana one day.. memang aku tak kan lepaskan peluang pg semua tempat yang best-best then amek gmbar banyak-banyak..
apa lg bila dapat pg dengan suami or family.. romantic tu...hehehe ... (berangan lebih lah pulak)






한국에 오신 것을 환영합니다 .. Hyun Ney

ada tak sapa-sapa yang nak pg korea dgn aku.. jom kumpul bajet sama-sama..hahaha
Korea.. waiting for me... :)

Lots of Love