I Love You.. For all that you are, all that you have been, and all you're yet to be..

Monday 7 July 2014

Short Sem


#080714... bermula lah rutin harian sebagai seorang pelajar disaat orang lain tengah sibuk menghabiskan masa cuti mereka dengan pelbagai aktiviti.. jelesss sangat.. 
yang aku ni pulak ++ pengorbanan aku sebab tak dapat nak berpuasa dengan keluarga.. hukhuk..
nasib lh raya dapat balik jgk.. 

Ramai je student IPT lain yang tanya.. kenapa ambik shortsem?? nak cepat habis ke?? 
jawapannya.. bukan sebab nak cepat habis tapi ia adalah satu kewajipan bagi students Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.. sepanjang tiga tahun menghabiskan degree, sepanjang tu lah jugak shortsem kami kena ambik.. subjek yang kena ambik wajib fakulti pulak tu.. memang tak boleh nak lari lah jawabnya.. 

Aku ni pulak .. baru kali pertama ambik shortsem tahun ni.. tahun lepas tak ambik.. meroyan nak balik sangat.. sekarang ni dok stress fikir bila nak ambik subjek yang tak ambik lagi masa shortsem tahun lepas.. 
jangan nak kena ambik shortsem lagi tahun depan sudah.. :( 

sepanjang dua bulan ambik shortsem ni sepanjang tu jgk lah aku menghitung hari nak balik rumah.. 
miss my home so badly.. lah ni dk fkir pasal harga tiket flight yang sememangnya mahal menggila... hurm.. sob..sob.. 

btw.. wish me luck eh.. hihi 


Stay calm and start shortsem.. huhuhu

lots of Love,



Saturday 5 July 2014

True Friend...


Sahabat??? 
Someone yang sentiasa ada bila kita susah mahupun senang.. 
but... susah sangat nak cari sahabat yang macam tu.. 
note to self : hargai sahabat yang sentiasa ada untuk kita.. 



kawan??? 
biasalah.. kita akan jumpa pelbagai jenis kawan..
bahkan setiap hari.. 
kawan atau kenalan?? it doesn't matter.. 
Kawan pun macam sahabat jgk.. 
tapi bezanya kawan tak selalu ada untuk kita.. 
kawan hanya muncul bila kita senang jer.. 
bila kita susah.. hilang entah kemana.. 


actually I've been hurt for someone I usually called Sahabat.. 
now I just can call her as a Kawan.. :( 
As expected.. pengalaman mengajar kita menjadi lebih MATANG.. :) 
disebababkan penglaman ni.. I choose to stop care.. 
"peace" 

Lots of Love 


I'm Back...!!!! Salam Ramadhan


Lama rasanya blog ini sepi sendirian.. chewah.. ayat.. kemain... 
dah bersarang dh pun...huhu cian... 
Alhamdulillah done customize.. Bukan apa, sebelum ni xde masa nak update.. (bajet busy sgt) kekeke...
By the way.. I'm back uollss... :)

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam Ramadan buat semua...
family.. friends and for the love one.. 
Selamat berpuasa.... 
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai Ramadan pada tahun ni..
semoga Ramadan kali ini penuh berkat dan dirahmati.. 

nak dijadikan cerita.. ramadan kali ini adalah ramadan pertama aku lalui tanpa family..
tanggungjawab sebagai student harus dipenuhi terlebih dahulu..
tak pelah.. hopefully masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama mereka pada masa akan datang.. 

p/s : selamat berpuasa.. jangan ponteng-ponteng tau.. tak elok.. heeee

Lots of Love


 

Sunday 13 April 2014

Khas Buat Kaum Hawa



Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .

Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .

Muslimah itu ,
adalah manusia biasa ,
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba ,
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .

Kerana apa ?
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri ,
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah ,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,
jadi kuat dari sebelumnya ,
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana , 


insyaAllah :')


#copynpaste

Lots Of Love,


Sunday 16 March 2014

#PrayForMH370




KHAS BUAT MH370.

Ya Allah,, 
Dimanakah MH370?
Apa khabarkah para penumpang nya?
Andai mereka masih bernyawa,
Tunjukkanlah dimana.

Ya Allah,
Amankah mereka?
Beralas tak tidur mereka?
Peliharalah mereka Ya Allah,
Kerana Engkau Maha Menyayangi lagi 
Maha Melindungi.

Ya Allah,
Kau kahabarkan pada mereka,
Mereka ada dalam setiap doa-doa hambamu,
Mereka sentiasa diingati,
Dirindui, dan terusi dinanti kepulangannya!

Ya Allah,
Andai benar mereka dalam genggaman yang "LAIN",
Kau lembutkanlah hati si "LAIN" agar melepaskan mereka yang tak berdosa.

MH370,
Kami setia menantimu,
Pulanglah sayang,
Pulanglah kepada kami,
Bawalah isimu kembali pada kami,
Rungkailah persoalan kami,
Jawablah pertanyaan kami,
Akhirilah penantian kami,
Dan ubatilah rindu kami.

MH370,
pergimu tidak kami ingini,
Pergimu tidak kami relai,
Pergimu juga tidak kami harapi.
Pulanglah sayang,
Pulang kepada kami.
Kami setia menantimu disini.

Lots of Love,

Thursday 6 March 2014

Belated welcome...


oh my geeee.... lamanya tak update blog.. looking busy lah sangat..haha
anyway.. harap-harap tak terlmbat lagi lh aku nak wish welcome to new semester walaupun dah masuk minggu ketiga aku kat UKM ni.. haha
okay.. new semester means new life..
semoga hari-hari yang akan datang akan lebih baik dari yang lepas.. amin...

sekarang ni dah masuk minggu ketiga start kuliah..
seriously.. assignment melambak.. boleh dikatakn tiap-tiap minggu ada tugasan yang lecturer bagi..huh!
dah lah sem ni jam kredit penuh.. haha cari nahas betullah..
tapi tak pelah kan.. try to challenge yourself.. InsyaAllah bila kita yakin kita boleh buat kita pasti boleh buat..
Fighting!!!!!!!!!!!!!!!

P/s : takde idea nak tulis panjang-panjang.. ni je yang termampu.. :) (Mong...............)

Lots of Love



Wednesday 1 January 2014

WELCOME #2014 #HappyNewYear


Cepat sungguh masa berlalu kan.. rasanya baru semalam menyambut ketibaan 2013..
dan hari ni dah masuk tahun baru masihi 2014
Apa-apa pun kita patut bersyukur kpa Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara pada tahun ini.. 
diharapkan kita semua mengambil pedoman terhadap apa yang dah jadi seanjang tahun 2013
yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pedoman.. :)
Kepada yang tak dapat laksanakan azam tahun lepas jgn risau.. 
azam tahun lepas boleh foward ke tahun 2014 ni..
Gandakan usaha anda untuk tahun ni ye..hehehe

Bagi aku.. tahun 2013 banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..
banyak benda baru yang aku belajar..
yang paling penting banyak mengajar aku untuk lebih matang dalam menghadapi masalah..
Jangan cepat putus asa.. sebab org yang mudah putus asa tu adalah orng yang rugi..
Tahun 2013 jgk mengajar aku untuk terus mengecap kebahagiaan..
kebahagiaan yang dulunya pudar kini mula bercahaya kembali..
thanks to kawan-kawan yang banyak menasihati aku..
InsyaAllah.. I'll never lose hope..
Allah sentiasa ada untuk hamba-NYA
aku jgk percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..
Perancangan Allah adalah yang TERBAIK !!!

So buat family yang tercinta selamat menyambut tahun baru..Korang lah yang paling penting dlm hidup aku..
Buat Mak dan Ayah terima kasih sebab dah melahirkan dan mendidik masnie selama ni.. 
Sayang Mak dan Ayah..
Buat kawan-kawan dan sahabat yang dikasihi terima kasih kerana menceriakan tahun 2013 aku..
segala pahit manis yang kita lalui akan sentiasa tersemat dalam ingatan aku..
Buat yang tak mengenali aku.. Selamat Tahun baru.. 



Dalam kesibukan exam masih sempat jgk nak update blog..hehe
so... kepada kawan-kawan Good Luck in Our Final Exam..
Alla the best.. 
May Allah Ease Everything...

Lots of Love